Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Pernu, Melaka diwujudkan pada 1987,
diasaskan soleh Almarhum Ustaz Haji Idris Bin Talib. Kini, perjuangan ini diteruskan
oleh anaknya, Ustazah Nuha.
Perjalanan yang ditempuhnya bukanlah mudah. Selepas
kehilangan ayahanda tercinta, Almarhum Ustaz Haji Idris, beliau sekali lagi diuji
dengan pemergian suami yang selama ini menjadi teman seiring sejalan dalam
menguruskan Darul Aitam. Kini, segala tanggungjawab dipikul di bahu Ustazah Nuha
seorang diri, meneruskan perjuangan yang ditinggalkan dengan penuh tabah dan kuat.

Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Melaka ini menjadi
tempat perlindungan kepada 70 orang penghuni yang terdiri daripada 15 anak yatim dan
lebih 55 orang asnaf yang kini berteduh kasih di sini. Mereka semua dibesarkan,
diasuh dan dididik, jauh dari kesusahan hidup yang pernah mereka alami di luar sana.
Mereka terima semua yang memerlukan perlindungan, bermula seawal usia 2 bulan
sehingga ke 17 tahun.

Kebanyakan daripada
mereka datang dalam keadaan serba kekurangan; ada yang kehilangan ibu bapa sejak
kecil, ada yang ditinggalkan kerana keluarga tidak mampu, dan ada juga yang
datang dari latar belakang keluarga yang bermasalah. Tapi, di bawah jagaan rumah
ini, mereka belajar semula erti kehidupan.

Pihak Darul Aitam sedar bahawa keperluan bagi kesemua 70
orang anak-anak yatim dan asnaf ini menelan kos yang sangat besar. Kos makanan,
pakaian, ubat-ubatan, yuran sekolah dan keperluan harian semakin meningkat. Tambahan
pula, semakin ramai penghuni yang meningkat usia dan memerlukan kos tambahan untuk
persekolahan. Setiap bulan, rumah kebajikan
ini memerlukan RM10,000 hingga RM15,000 untuk menampung:
1. Kos makanan harian (sarapan, makan tengah hari, makan
malam)
2. Keperluan persekolahan seperti buku, alat tulis, duit
poket, yuran dan pakaian.
3. Bil utiliti, elektrik, dan air.
4. Kos pengangkutan membawa anak-anak ke sekolah, dan
program di luar.
5. Gaji guru, staf dan warden yang mengajar serta
menguruskan anak-anak.
Malangnya, pertubuhan ini tidak mempunyai dana yang
tetap. Mereka sudah cuba usaha dengan meniaga secara kecil-kecilan, seperti produk
makanan yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal di sekitar Bukit Pegoh, Melaka, serta
perniagaan makanan nasi arab yang diusahakan sendiri oleh Ustazah Nuha. Selebihnya,
segala operasi hanya bergantung sepenuhnya pada sumbangan orang ramai.

Jika tiada sumbangan orang ramai secara berkala setiap
bulan, masalah-masalah seperti ini akan berlaku:
1. Anak-anak mungkin terpaksa berjimat makan dan hidup
dalam kekurangan.
2. Keperluan sekolah dan aktiviti persekolahan tidak
dapat dijalankan dengan baik.
3. Kos kesihatan dan keperluan asas mereka akan terabai.
4. Paling membimbangkan, operasi rumah kebajikan boleh
lumpuh, dan anak-anak ini bakal kehilangan tempat perlindungan.
Sumbangan orang ramai amat diperlukan untuk memastikan
kelangsungan hidup anak-anak ini tidak terjejas. InsyaAllah, setiap RM10 yang disalurkan, menjadi sebahagian
daripada makanan mereka hari ini. Setiap RM50, menjadi sokongan untuk pendidikan
mereka. Setiap RM100, menjadi
penjamin bahawa rumah ini terus berdiri demi masa depan mereka.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan
orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada
Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan
berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah
al-Hadid: 18)
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan,
anda yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul
Aitam, Ustazah Nuha di talian 012-341 6144 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh
menziarah terus ke alamat: KM 12, Jalan Darul Aitam, Bukit Pegoh, Pernu, 75460
Melaka.
Jom #BuatBaik!